Kerajaan Negeri Sembilan tolak pembinaan loji insinerator

Veerapan (tengah) menunjukkan cadangan pembinaan loji Insinerator di Bandar Baru Sendayan pada sidang media pada Khamis.
Veerapan (tengah) menunjukkan cadangan pembinaan loji Insinerator di Bandar Baru Sendayan pada sidang media pada Khamis.
A
A
A

SEREMBAN - Kerajaan Negeri Sembilan menolak cadangan pembinaan projek loji insinerator di Bandar Baru Sendayan.

Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S Veerapan berkata, kerajaan negeri tidak berminat kerana berpendapat bahawa tiada keperluan untuk pembinaan projek tersebut di negeri berkenaan.

"Secara dasarnya kerajaan negeri tidak bersetuju dengan pembinaan projek ini kerana tidak ada keperluan.

"Kita sudah ada Pusat Kualiti Alam di Sendayan dan tapak projek tersebut pula berdekatan dengan dua batang sungai serta lebih kurang dua kilometer dari kawasan perumahan," katanya pada sidang media di Wisma Negeri pada Khamis.

Hadir sama Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri, Azuri Azizah Saedon.

Tambahnya, projek pembinaan loji insinerator itu, melibatkan pemprosesan semula minyak di keluasan tanah 1.5 ekar, dengan kapasiti pemprosesan 5,800 tan metrik sebulan.

Mengulas lanjut Veerapan berkata, kerajaan negeri tidak mahu projek sebegitu di Negeri Sembilan kerana ia akan memberi kebimbangan kepada masyarakat setempat.

"Kerajaan negeri berhak untuk menolak pembinaan projek ini, walaupun itu adalah tanah milik persendirian, namun mereka perlu mendapat kelulusan merancang yang dikeluarkan oleh Majlis Bandaraya Seremban.

Artikel Berkaitan:

"Buat masa ini, penduduk setempat tidak perlu panik kerana kita belum lagi meluluskan sebarang permohonan syarikat tersebut. Jika mereka ingkar, tindakan undang-undang boleh dikenakan terhadap mereka," katanya.

Tambahnya, kesesuaian tapak tersebut masih dalam penilaian JAS.

ARTIKEL BERKAITAN: Penduduk bimbang pembinaan projek Loji Insinerator

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!