Pas komited gerak jentera bantu BN di Semenyih
KOTA BHARU - Pas mengulangi pendirian untuk menjalinkan kerjasama dengan BN pada PRK Semenyih yang akan diadakan bulan depan.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti itu akan menggerakkan jenteranya dan memberi sokongan kepada calon BN.
Menurut Tuan Ibrahim lagi, gerak kerja dan komitmen yang akan dilakukan sama seperti PRK Cameron Highlands.
“BN ada peluang besar untuk menang dalam PRK DUN Semenyih berdasarkan gelombang sokongan pengundi ketika ini.
ARTIKEL BERKAITAN:
'Bossku hanya hiburan, belum tentu mampu curi undi'
UMNO yakin sentuhan Bossku di Semenyih
“Terutamanya selepas sambutan luar biasa yang diterima oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak ketika di Tesco Semenyih, kelmarin,” katanya, selepas Program Murabbi Ummah di Stadium Sultan Muhammad ke-IV.
Hadir sama Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas Pusat, Datuk Dr Nik Zawawi Nik Salleh dan Naib Ketua Pemuda Pas Pusat, Ahmad Fadhli Shaari.
Dalam perkembangan sama, Tuan Ibrahim memaklumkan beliau dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak akan hadir pada hari penamaan calon kerana ada urusan lain.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon bagi PRK DUN N24 Semenyih pada 16 Februari dan hari mengundi pada 2 Mac depan, berikutan penyandangnya, Bakhtiar Mohd Nor, meninggal dunia akibat serangan jantung, pada 11 Januari.
BN mencalonkan pemimpin masyarakat, Zakaria Hanafi, 58, sebagai calon mewakili parti itu sementara Muhammad Aiman Zainali, 30 tahun sebagai calon PH bagi PRK, DUN Semenyih, yang akan berlangsung 2 Mac ini.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!