Empat kali patah bahu tidak rentap semangat Rahadiazli

Rahadiazli dipanggil untuk menjalani kem latihan Harimau Malaya bermula 22 hingga 30 Mac.
Rahadiazli dipanggil untuk menjalani kem latihan Harimau Malaya bermula 22 hingga 30 Mac.
A
A
A

PENJAGA gol muda Harimau Malaya, Muhammad Rahadiazli Rahalim pernah berdepan detik ngeri dalam hidupnya apabila mengalami empat kali patah bahu sepanjang kariernya sebagai penjaga gol.

Menurutnya, kecederaan teruk yang dialaminya itu tidak mematahkan semangat untuk terus beraksi selain membuahkan hasil apabila berjaya dipanggil kali pertama untuk menyertai kem latihan Harimau Malaya.

"Antara kesusahan dan kepayahan yang saya terpaksa alami sebelum sampai ke tahap ini adalah pengalaman saya patah bahu sebanyak empat kali sepanjang karier saya.

"Yang pertama berlaku ketika saya berada di Tingkatan Tiga dan yang terakhir tahun lepas ketika menentang Kedah dalam saingan Liga Malaysia. Namun, ia tidak mematahkan semangat saya selain dukungan daripada keluarga memastikan saya terus kekal bermain," katanya.

Penjaga gol muda yang sedang meningkat naik dari Terengganu FC (TFC) itu dipanggil untuk menjalani kem latihan Harimau Malaya bermula 22 hingga 30 Mac ini.

Mengulas lanjut, banyak pengalaman yang diperolehinya dalam sesi latihan Harimau Malaya kali ini apatah lagi turut sama 'berguru' dengan beberapa penjaga gol berpengalaman negara seperti Mohd Farizal Marlias, Khairul Fahmi Che Mat dan Khairulazhan khalid.

"Memang saya akui jurang antara saya dan penjaga gol lain sangat jauh kerana saya masih muda dan mereka sudah banyak pengalaman. Banyak lagi yang saya perlu belajar dan ambil pengalaman daripada mereka.

"Malah, kelebihan dari segi ketinggian yang saya ada ini tidaklah terlalu memberikan kelebihan kepada saya selain konsep bola sepak moden yang perlu seseorang penjaga gol juga cekap menggunakan kaki.

Artikel Berkaitan:

"Sudut itu yang saya perlu belajar lebih kerana saya akui masih kurang dari segi penguasaan bola di kaki kerana penjaga gol perlu menjadi sebagai 'last man' dalam bola sepak moden dengan konsep permainan dibina daripada bawah," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!