Selamba merokok di kedai makan

Papan tanda larangan merokok tidak diendahkan seorang pelanggan di sebuah kedai makan di Johor Bahru.
Papan tanda larangan merokok tidak diendahkan seorang pelanggan di sebuah kedai makan di Johor Bahru.
A
A
A

JOHOR BAHRU - [LAPORAN KHAS] Walaupun penguatkuasaan larangan merokok di tempat makan telah dilaksanakan sejak tahun 2019, namun masih ada kalangan masyarakat yang ingkar akan larangan berkenaan.

Tinjauan Sinar Harian di beberapa kedai makan di sekitar Johor Bahru mendapati masih ada pengunjung kedai makan yang tidak segan silu merokok sambil melepak bersama kenalan mereka.

Di sebuah kedai makan 24 jam di Pasir Gudang misalnya, kelihatan beberapa pelanggan asyik merokok tanpa mempedulikan pelanggan berhampiran.

Lebih mengejutkan, pelayan restoran hanya melihatnya tanpa melarang pelanggan berkenaan.

Sementara tinjauan di sebuah restoran di Senai pula mendapati tiada pelanggan yang mengambil kesempatan merokok di dalam premis.

Pemilik Restoran Omak Den, Nora Lasim, 51, berkata, setakat ini pelanggan restorannya yang beroperasi di Senai masih mematuhi larangan itu.

Pelanggan Restoran Omak Den di Senai, Johor Bahru akur dengan larangan merokok di kedai makan.
Pelanggan Restoran Omak Den di Senai, Johor Bahru akur dengan larangan merokok di kedai makan.

“Sejak larangan merokok dikuatkuasakan, kita memang pasang papan tanda amaran merokok dan pelanggan hormat pendirian kita agar tiada yang merokok di dalam premis.

Artikel Berkaitan:

“Jika ada yang ingin merokok, mereka akan keluar dan merokok di kawasan parkir, jauh dari kedai makan. Jika ada yang cuba merokok, kita akan larang dan mereka akur dengannya,” katanya.

Bagi Faizal Rusli, 40, yang juga pekerja sementara di restoran itu berkata, pada peringkat awal perlaksanaan, ada yang ‘terbabas’ dan cuba merokok namun pekerja di restoran akan mengingatkan pelanggan larangan merokok di premis.

“Apabila sudah lama dikuatkuasakan, saya rasa orang ramai sudah tahu dan berhati-hati kerana bimbang jika dikenakan tindakan,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!