Keputusan pilihan raya gagal rungkai kemelut politik Israel

Pilihan raya pada Selasa itu kali keempat diadakan dalam tempoh dua tahun.
Pilihan raya pada Selasa itu kali keempat diadakan dalam tempoh dua tahun.
A
A
A

BAITULMAQDIS - Keputusan akhir pilihan raya Israel pada Khamis masih gagal memecah kebuntuan selepas Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dan pencabarnya kekurangan majoriti untuk membentuk kerajaan, lapor Agensi Berita Xinhua.

Jawatankuasa Pilihan Raya, dalam satu kenyataan berkata parti sayap kanan, Parti Likud pimpinan Netanyahu dan sekutunya memperoleh 52 daripada 120 kerusi parlimen, manakala pembangkang memenangi 57 kerusi.

Pada pilihan raya sebelum ini, Likud memenangi 30 kerusi berbanding 36. Parti Yesh Atid, pimpinan bekas Menteri Kewangan Yair Lapid, mendapat 17 kerusi, di kedudukan kedua.

Namun dalam sistem Israel, kerajaan dibentuk oleh calon yang berjaya mengumpulkan gabungan majoriti sekurang-kurangnya 61 kerusi.

Netanyahu telah memperoleh sokongan tiga parti, masing-masing memenangi enam, tujuh dan sembilan kerusi. Beliau berharap mendapat sokongan bekas sekutunya, Naftali Bennett, pemimpin parti Yamina yang menang tujuh kerusi.

Parti Islam Ra'am, merampas empat kerusi, menjadikan parti pakatan diterajui Netanyahu dan pencabarnya berada dalam kedudukan seimbang.

Pemimpin parti Ra'am Mansur Abbas pada Rabu berkata beliau tidak menolak kemungkinan akan menyokong mana-mana gabungan.

Sebelum pilihan raya, Netanyahu, yang sekian lama enggan bergabung dengan parti Arab, mungkin kali ini terpaksa mengetepikan pendiriannya dan mengadakan pakatan dengan Ra'am.

Artikel Berkaitan:

Parti Biru Putih, parti pusat dan rakan Netanyahu dalam kerajaan yang kini berkuasa, memenangi lapan kerusi. Harapan Baharu (New Hope), sebuah parti sayap kanan yang ditubuhkan baru-baru ini oleh bekas sekutu Netanyahu, memenangi enam kerusi.

Pilihan raya pada Selasa itu kali keempat diadakan dalam tempoh dua tahun.

Netanyahu bergelut untuk survival politiknya ketika menghadapi perbicaraan tiga kes rasuah. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!