realme Buds Air 2 generasi baharu hanya RM199
Anda pasti akan tenggelam dengan dunia sendiri. Asyik diulit kelunakan alunan muzik dan dentuman menggegarkan tatkala mendengar lagu atau menonton filem kegemaran.
Pengalaman penuh keasyikan itu hanya boleh dinikmati jika di telinga anda tersemat teknologi terkini earbud hasil rekaan unggul terbaharu realme Buds Air 2.
Earbud generasi baharu untuk dimiliki oleh geng muda remaja ini bukan hanya canggih malahan penuh bergaya serta menyerlah. Ia bakal menjadi peneraju trend baharu dalam dunia audio digital.
Nantikan kemunculan pertama Buds Air 2 pada 3 April ini pada harga cuma RM199 di kesemua pengedar sah dan kedai jenama realme!
Buds Air 2 disokong oleh Sistem Pembatalan Hingar Aktif (ANC) sehingga 25dB – hanya earbud dan alat dengar kepala bermutu tinggi sahaja yang memiliki fungsi ini.
Memang realme cukup peka dengan kehendak para penggunanya, sebab itulah mereka mengutamakan fungsi ANC ini pada produk earbud terbaharu ini.
realme mahukan orang muda merasai pengalaman menyeronokkan mendengar muzik atau menonton filem kegemaran mereka dalam suasana bebas tanpa gangguan bunyi bising yang tak sepatutnya!
Dengan ANC sehingga 25dB, the realme Buds Air 2 menapis bunyi bising dari luar melalui mikrofon suapan mara (feed-forward) supaya segala elemen kebisingan itu dapat dibuang untuk kelunakan bunyi.
Fungsi ANC ini dapat menghindarkan bunyi bising seperti ketika anda dalam pesawat, keretapi atau kenderaan lain. Ia juga membuang bunyi bising dalam rumah sehinggakan anda boleh ‘hanyut’ dalam dunia muzik anda sendiri ketika memakai realme Buds Air 2. Syok kan?!
Bagi orang muda atau geng generasi baharu, earbuds atau alat pendengaran telinga sudah jadi satu trend yang ‘cool’. Ia bukan lagi sekadar untuk mereka pakai untuk dengar lagu atau menonton filem kegemaran, tetapi earbuds ini suatu aksesori yang lambangkan elemen individualiti, personaliti dan gaya hidup. Mereka mahu earbuds yang dipakai secocok dengan pemakaian dan semakin menyerlahkan ‘stailo’ mereka!
Pengunaan sehingga 25 jam*Dengan hanya pengecasan tunggal, earbuds itu sendiri boleh bertahan sehingga 5 jam, dua jam lebih lama daripada versi sebelum ini – naik 66.7 peratus.
Maknanya anda boleh mengecas dan layan muzik sehari suntuk! Jangka hayat bateri dan pod pengecasan sudah dipertingkatkan daripada 17 jam kepada 25 jam – melonjak kepada 47 peratus.
Buds Air 2 juga ada pengecasan pantas. Dengan hanya mengecas 10 minit, anda boleh dapat mainkan muzik sehingga 120 minit ataupun 2 jam. Sempoi kan?!
1 jam untuk pengecasan penuh (Earbuds)
2 jam mainkan muzik hanya dengan 10 minit (Earbuds + Charging Case)
22.5 jam jangka hayat bateri dengan ANC ON
25 jam keseluruhan mainan muzik
Pengalaman hebat audio (realme Audio Studio×The Chainsmokers)
Kualiti bunyi pastinya benda utama yang jadi pilihan untuk gajet earbuds. Jadi bagi memastikan peminat setia realme earbuds mendapat jaminan bunyi yang menusuk kalbu, The Chainsmokers menjadi taruhan dengan material diafragma karbon seumpama berlian yang biasa digunakan oleh jenama terbaik earbuds.
Hasil tak payah lagi nak dipertikaikan beb! Anda akan dapat kualiti bunyi berultra tinggi sebab material yang digunakan sepejal berlian. Kekuatan, kelunakan bunyi dan karekteristik lain yang dihasilkan oleh material ini bakal memberikan anda suatu pengalaman mendengar muzik seperti kualiti terus dari studio rakaman.
Mana tidaknya, selepas sekian kali pengubahsuaian bunyi dilakukan, tahap herotan bunyi pada Buds Air 2 telah dikurangkan sehingga 0.5 peratus – standard paling tinggi dalam industri ini. Apa lagi keinginan anda yang tidak dipenuhi oleh realme?
New Bass Boost+ ModeBagi menambahkan lagi faktor wow kepada audio Buds Air 2, realme juga bekerjasama dengan The Chainsmokers untuk melancarkan News Bass Boost+ Mode. Kalau dibandingkan dengan versi sebelum ini, inovasi baharu ini bagaikan memberi pengalaman kepada anda menikmati audio secara langsung.
Sekarang ini boleh menaikkan bunyi bass untuk rakaman langsung, layan genre muzik elektronik, rock dan apa sahaja mengikut selera anda.
Rekaan khas dua tona warnarealme yang selalu memahami kehendak dan keinginan geng Budak-budak Baru Nak Up (BBNU) telah memperkenalkan satu rekaan baharu untuk Buds Air 2. Ia masih mewarisi ciri lengkungan estetika daripada rekaan generasi earbuds sebelum ini, Buds Air 2 tampil juga dengan rekaan tona dua warna yang unik. Lebih ranggi dan pastinya stylish.
Hitam dan biru, perak dan putih – warna bergaya ini gerenti akan memikat padangan mata anda dan sesiapa jua.
realme juga tak pernah jemu-jemu mereka cipta produk yang menyerlah dan terbaik untuk pengguna setianya. Sebab itulah realme menggunakan proses matte pada rekaan Closer Black, jadi ia tak mudah terjatuh dan lebih selamat bila pengguna memakainya. Yang lagi best, tak akan ada kesan cap jari atau comot pada earbuds terbaru ini.
realme mengaplikasikan proses saduran elektrik pada batang earbuds supaya elemen warna biru dalam hitam itu tampak kesan lebih menyilau.
Rekaan Closer White pula berbeza dengan Closer Black. Rekaan warna terang menyerlah untuk tampilkan kejernihan dengan batang earbud berwarna perak yang juga menggunakan teknik saduran elektrik. Dua rekaaan ini memang cukup berbeza namun dalam gaya tersendiri. Memang ngam dengan jiwa muda.
Kalau anda perhatikan betul-betul, dekat bahagian atas gajet ini bersinar macam permata sebab ia direka khas dengan diafragma, membuatkan anda nampak lebih bergaya bila memakainya.
Ringan dan mudah dibawaIa juga menampilkan persembahan pengkomputeran yang hebat, keberkesanan tenaga lebih baik, rangkaian lebih stabil dan panggilan lebih berkualiti.
Sebenarnya banyak benda lagi yang sudah ‘upgrade’. Kalau dibandingkan dengan generasi sebelum ini, jangka hayat bateri R2 Chip sudah dipertingkatkan 80 peratus dan latensi dikurangkan kepada 35 peratus. Penerima isyarat dan transmisi pula ditambah baik daripada 2dB sebelum ini kepada 3dB. Ia juga disokong oleh Bluetooth 5.2 terbaharu.
Jadi jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan Buds Air 2 pada 3 April ini pada harga cuma RM199 di kesemua pengedar sah dan kedai jenama realme iaitu realme brand store.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!