SPR, ahli Parlimen harus hormat, laksana perundangan dimeterai
SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan semua ahli Parlimen diminta menghormati dan melaksanakan komitmen perundangan yang dimeterai pada 2019 serta memastikan Undi 18 diteruskan.
Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar berkata, ini kerana, 2021 adalah tahun normal baharu, perniagaan e-dagang, organisasi kerja dalam talian, pendidikan dan literasi digital yang lain.
Oleh itu, menurutnya, alasan yang diberikan SPR seperti mekanisme pendaftaran pemilih yang telah menunda anak muda berusia 18 tahun bagi melaksanakan hak mereka tidak diterima.
“SPR menolak komitmen perundangan yang menyaksikan persetujuan kesemua ahli Parlimen untuk meminda perlembagaan bagi membolehkan pendaftaran automatik anak muda berusia 18 tahun menjelang 2021.
“Sebaliknya, September 2022 muncul sebagai garis masa baharu sekali gus menyingkirkan kewibawaan sayap legislatif dan meletakkan kelulusan Parlimen hanya sebagai nota kaki, bukan keputusan yang harus dihormati.
ARTIKEL BERKAITAN: Undi 18: Khairy turut kecewa keputusan SPR
“Kita harus memberi hak kepada anak-anak muda berusia 18 tahun bagi memilih dan membina masa depan bersama,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Pada Khamis, Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh memaklumkan pendaftaran pemilih automatik dan mengundi pada usia 18 tahun (Undi 18) dijangka boleh dilaksanakan selepas 1 September 2022.
Abdul Ghani berkata, ia selepas pihaknya menilai semula pelbagai kekangan dan isu yang telah menjejaskan perancangan dan persiapan awal SPR.
[KEKAIT] UNDI 18
— Nurul Izzah Anwar (@n_izzah) March 26, 2021
Sebilangan besar drp kami yg memulakan aktivisme politik pada tahun 1998 berusia lewat remaja; bersama Rafizi Ramli, Chan Ming Kai, Chang Lih Kang, Nurin Aina, Sim Tze Zin, Nik Nazmi, Kesavan Subramaniam,& ramai yg lain berumur di antara 18 hingga 21 tahun...
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!