Indonesia larang rakyat balik kampung sambut Aidilfitri tahun ini

No Image Caption
A
A
A

JAKARTA - Indonesia pada Jumaat mengumumkan larangan bermudik atau balik kampung bagi menyambut Aidilfitri 1442 hijrah, dalam usaha menangani penularan pandemik Covid-19.

"Larangan mudik akan bermula pada 6 hingga 17 Mei 2021. Masyarakat tidak boleh melakukan pergerakan atau kegiatan-kegiatan ke luar provinsi atau daerah," kata Menteri Koordinator Bidang Pembangunan Manusia dan Kebudayaan Muhadjir Effendy pada sidang media menerusi webinar pada Jumaat.

Beliau berkata, perincian berhubung larangan itu akan diumumkan pihak polis dan Kementerian Perhubungan (Pengangkutan).

Pada tahun lepas, Indonesia turut menguatkuasakan larangan bermudik semasa sambutan Aidilfitri.

Menurut data yang disiarkan di laman twitter rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia @BNPB_Indonesia setakat pada Khamis, lebih 1.48 juta dijangkiti Covid-19, dengan 1.31 juta daripadanya sembuh manakala mereka yang maut akibat virus itu kini 40,081 orang. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!