Sepanyol kecewa kutip satu mata
A
A
A
Pengendali Sepanyol, Luis Enrique mengakui sukar menerima keputusan tersebut sambil menyifatkan anak-anak buahnya tidak memiliki kualiti permainan sebagai sebuah pasukan berkelas dunia.
“Saya tidak menjangkakan keputusan perlawanan seperti ini. Bukan saya mahu menidakkan kemampuan Greece tetapi ia bersandarkan kepada barisan pemain yang kami miliki berbanding pasukan lawan.
“Sepatutnya kami mampu pulang dengan membawa tiga mata penuh. Saya perlu memperbaiki kelemahan yang ada khususnya di barisan serangan menjelang aksi menentang Georgia hujung minggu ini.
“Saya harap para pemain dapat belajar daripada aksi malam ini. Mereka tidak boleh terlalu kasual apabila mendahului pihak lawan, itu yang berlaku pada perlawanan ini sehingga akhirnya kami dihukum,” katanya.
Tonggak Juventus, Alvaro Morata terlebih dulu meletakkan La Roja di depan pada minit ke-33 sebelum Greece bangkit menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti Anastasios Bakasetas pada minit ke-57.
“Kami tidak menghasilkan banyak peluang untuk menjaringkan lebih banyak gol. Tugas saya sekarang adalah berusaha membantu memotivasikan semula semangat setiap pemain.
“Kami ada masa kira-kira dua hari sebelum bertemu Georgia. Saya percaya Georgia akan menampilkan corak permainan yang hampir sama seperti Greece. Jadi kami perlu bersedia mengharungi satu lagi ujian sukar,” jelasnya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!