Maqis patahkan cubaan bawa masuk 'trucal milk calcium'

'Trucal milk calcium' yang dianggarkan bernilai RM197,400 yang berjaya dirampas pihak Maqis di laluan kargo import Maqis Bangunan Sultan Iskandar, petang Khamis. - Foto: Ihsan Maqis
'Trucal milk calcium' yang dianggarkan bernilai RM197,400 yang berjaya dirampas pihak Maqis di laluan kargo import Maqis Bangunan Sultan Iskandar, petang Khamis. - Foto: Ihsan Maqis
A
A
A

JOHOR BAHRU - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) berjaya mematahkan cubaan membawa masuk 5,000 kilogram 'trucal milk calcium' yang dianggarkan bernilai RM197,400 dari Singapura, di laluan kargo import Maqis Bangunan Sultan Iskandar, petang Khamis.

Maqis dalam kenyataannya berkata, hasil pemeriksaan rutin yang dilakukan mendapati, pengimport tersebut tidak mematuhi syarat import iaitu gagal mengemukakan sijil kesihatan dari negara asal sebagaimana yang dinyatakan dalam permit, lesen atau perakuan.

"Susulan itu, pemandu lori yang berusia 46 tahun telah diambil keterangan kira-kira jam enam petang semalam (Khamis) sebelum dilepaskan.

"Kesemua barang dagangan tersebut telah ditahan untuk tindakan lanjut," menurut kenyataan itu.

Lori yang membawa muatan 'trucal milk calcium' ditahan Maqis di laluan kargo import Maqis Bangunan Sultan Iskandar, petang Khamis. - Foto: Ihsan Maqis
Lori yang membawa muatan 'trucal milk calcium' ditahan Maqis di laluan kargo import Maqis Bangunan Sultan Iskandar, petang Khamis. - Foto: Ihsan Maqis

Kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 15 (1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] kerana tidak mematuhi syarat import sebagaimana yang dinyatakan dalam permit, lesen atau perakuan.

Jika disabitkan kesalahan, pengimport tersebut boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya.

Bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya, boleh didenda tidak melebihi RM150,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya.

Artikel Berkaitan:

"Pihak Maqis akan sentiasa teliti dalam menjalankan pemeriksaan ke atas setiap dagangan yang diimport dan dieksport bagi mengelakkan kemasukan dagangan yang diimport bersama penyakit dan perosak yang boleh menjejaskan negara dan mematuhi syarat serta peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!