Siapa punca BN kalah?

No Image Caption
A
A
A

KALAU baca wawancara Tuk Seri Ahmad Maslan dalam akhbar ini, nampaknya UMNO tak ada salah apa pun yang menyebabkan parti itu tewas pada PRU14. Setiausaha Agung UMNO itu juga beri gambaran bahawa tidak ada pemimpin UMNO yang patut rasa bersalah dengan dakwaan mahkamah ke atas mereka.

Awang cuma nak ingatkan Tuk Seri Ahmad Maslan, kadang-kadang elok kita bercermin diri. Patut juga buat muhasabah. Tak ada guna cakap besar dan bunyi angkuh. Rakyat jadi benci nanti.

Mungkin dia lupa salah satu punca kekalahan UMNO dan BN ialah GST yang dia jadi tukang canang utamanya. Cara GST ‘dijual’ pada rakyat buat rakyat tak percaya dan marah. Selain isu 1MDB, GSTlah yang menjadi punca penolakan rakyat pada UMNO dan BN. Mungkin Tuk Seri Ahmad Maslan dah lupa.

Dari dulu Awang dah nasihat pemimpin UMNO, berhemahlah bila bercakap. UMNO jadi sebahagian daripada kerajaan kerana Bersatu bawa masuk ke dalam kerajaan. UMNO sudah ditolak oleh rakyat, patutnya tak ada sebab jadi sebahagian dari kerajaan. Hal itu pun ada pemimpin UMNO lupa dan jadi besar kepala. Orang yang melepaskan mereka dari tersepit kini nak diserang pula.

Awang harap tak semua pemimpin UMNO berlagak macam Tuk Seri Ahmad Maslan. Nak mula gendang perang biarlah ada isi dan ilmunya. Takut nanti gendang ke mana, yang tinggal nama buruk dan rasa malu sekali lagi.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!