PM rasmi syarikat IKS berasaskan soya di Felcra Bukit Kepong

Muhyiddin menurunkan tandatangannya ketika merasmikan premis dan food truck Fani Soy, milik sebuah syarikat IKS bumiputera berasaskan produk kacang soya di Felcra Bukit Kepong, Labis hari ini. - Foto Bernama
Muhyiddin menurunkan tandatangannya ketika merasmikan premis dan food truck Fani Soy, milik sebuah syarikat IKS bumiputera berasaskan produk kacang soya di Felcra Bukit Kepong, Labis hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

MUAR - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Sabtu merasmikan premis dan trak makanan Fani Soy, milik sebuah syarikat Industri Kecil dan Sederhana (IKS) bumiputera yang mengeluarkan produk berasaskan kacang soya di Felcra Bukit Kepong di Labis dekat sini.

Ketibaan Muhyiddin bersama isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman di FN Maju Enterprise pada kira-kira jam 9 pagi disambut oleh pemilik syarikat itu, Noraini Ismail bersama suami, Mohd Fazri Mohd Saimi.

Muhyiddin dan Noorainee kemudian diberikan penerangan tentang operasi syarikat selain turut mencuba satu daripada produk keluaran syarikat berkenaan iaitu tau fu fa berperisa pandan.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Kepong, Datuk Dr Shahruddin Jamal.

Muhyiddin meluangkan masa kira-kira 20 minit di situ sebelum menghadiri program sarapan pagi bersama masyarakat Felcra Bukit Kepong. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!