Banduan lari dari Penjara Pengkalan Chepa
KOTA BHARU - Seorang banduan dilaporkan melarikan diri dari Penjara Pengkalan Chepa di sini pagi Sabtu.
Banduan lelaki berusia 31 tahun itu disedari lolos pada jam 10.30 pagi.
Suspek beralamat di Jalan Madrasah, Kampung Delima, Wakaf Bharu, Tumpat, Kelantan.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!