Operasi feri Kuala Perlis-Pulau Langkawi dibatalkan 1 waktu

Notis pembatalan jadual perjalanan dikeluarkan Langkawi Ferryline Ventures Sdn Bhd.
Notis pembatalan jadual perjalanan dikeluarkan Langkawi Ferryline Ventures Sdn Bhd.
A
A
A

ALOR SETAR - Ferry Line Ventures Sdn Bhd memaklumkan jadual perjalanan feri dari Kuala Perlis ke Pulau Langkawi terpaksa dibatalkan satu waktu pada 21 hingga 23 Februari.

Pengurus operasinya, Baharin Baharum berkata, pembatalan satu waktu berkenaan disebabkan paras air laut cetek di laluan keluar dan masuk feri.

Baharin berkata, arahan pembatalan waktu perjalanan berkenaan dikeluarkan Jabatan Laut Malaysia Wilayah Utara berikutan air laut surut teruk.

"Untuk perjalanan laluan Kuala Perlis ke Langkawi, waktu perjalanan yang dibatalkan pada 21 Februari adalah jam 8.30 pagi, diikuti 22 Februari (9.30 pagi) dan 23 Februari (9.30 pagi).

"Manakala, semua perjalanan feri pada jam 7.30 pagi dibatalkan bagi perjalanan laluan Pulau Langkawi ke Kuala Perlis dalam tempoh tiga hari berkenaan," katanya.

Menurutnya, pembatalan itu disebabkan air laut di Terminal Penumpang Kuala Perlis adalah d ibawah 0.2 meter yang akan membahayakan feri dan penumpang.

Bagaimanapun, difahamkan waktu perjalanan feri lain masih diteruskan seperti biasa, dan pihaknya memohon maaf atas kesulitan berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!