PATI gadai nyawa redah lereng bukit elak dicekup

Antara PATI yang ditahan di lokasi kilang lombong bijih besi di Bukit Besi, Dungun, pada Rabu. Lokasi di sekitar kilang lombong bijih besi yang dirakam menggunakan dron. - Foto: Ihsan Jabatan Imigresen Malaysia Terengganu
Antara PATI yang ditahan di lokasi kilang lombong bijih besi di Bukit Besi, Dungun, pada Rabu. Lokasi di sekitar kilang lombong bijih besi yang dirakam menggunakan dron. - Foto: Ihsan Jabatan Imigresen Malaysia Terengganu
A
A
A

DUNGUN - Sekumpulan pendatang asing tanpa izin (PATI) sanggup gadai nyawa dengan meredah kawasan berlumpur di lereng bukit semata-mata mahu mengelak dicekup anggota penguat kuasa.

Perbuatan itu berlaku dalam satu serbuan penguat kuasa Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) Terengganu di sebuah kilang melombong bijih besi di Bukit Besi di sini pada Rabu.

Pengarah Imigresen Terengganu , Ungku Joha Ungku Mohamad berkata, hasil serbuan di lokasi tersebut, seramai 75 individu termasuk 62 warga asing dan 13 warga tempatan diperiksa.

Beliau berkata, 25 daripadanya ditahan selepas didapati melakukan beberapa kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.

"Hasil pemeriksaan seterusnya, sembilan warga Myanmar, dua warga Indonesia dan 14 warga Bangladesh ditahan kerana didapati melakukan beberapa kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.

"Daripada jumlah yang ditahan, 19 daripadanya didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan yang sah.

"Empat daripadanya didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 15(1)(c) kerana tinggal lebih masa dan dua daripadanya ditahan di bawah Peraturan 39 (b)Peraturan-peraturan Imigresen 1963," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

Beliau berkata, operasi disertai 27 pegawai penguat kuasa itu bermula jam 8.30 malam hingga 2 petang melibatkan 10 lokasi iaitu di ladang ternakan, rumah penginapan, kedai makan dan rumah kongsi tapak pembinaan di sekitar daerah Dungun.

Artikel Berkaitan:

"Secara keseluruhan, operasi di 10 lokasi ini, sebanyak 34 PATI ditahan daripada 88 yang diperiksa dan dua majikan warga tempatan ditahan untuk siasatan lanjut.

"Kesemua PATI yang ditahan terdiri daripada empat warga Indonesia melibatkan tiga lelaki dan seorang wanita; sembilan lelaki warga Myanmar; 12 lelaki warga Bangladesh dan sembilan warga Kemboja melibatkan lima lelaki dan empat wanita," katanya.

Menurutnya, kesemua yang ditahan dibawa ke Klinik Kesihatan Kuala Abang di sini untuk ujian saringan Covid-19 sebelum dihantar ke Depot Imigresen Ajil, Hulu Terengganu.

"Hasil ujian saringan Covid-19 ke atas mereka yang ditahan adalah negatif," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!