Mane minta Liverpool tidak putus asa
PENYERANG Liverpool, Sadio Mane mengharapkan pasukan itu tidak berputus asa dan terus berjuang walaupun sedang mengharungi situasi sukar dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).
The Reds menampilkan prestasi hambar pada tahun ini dengan hanya mampu meriah tiga kemenangan, tiga seri dan lapan kekalahan dalam 14 perlawanan terakir EPL malah belum pernah menang di Anfield sejak awal tahun 2021.
Menurut Mane, dia yakin Liverpool mampu mengubah keadaan dan kembali menjadi sebuah pasukan yang digeruni, sekali gus cuba untuk menamatkan saingan EPL di kedudukan yang lebih baik.
"Dalam bola sepak ini dan dalam hidup secara amnya, anda tidak boleh menafikan sesuatu yang buruk akan berlaku dengan situasi rumit sedang dihadapi pasukan.
"Kami biasanya sentiasa cemerlang, tetapi sekarang inilah yang sedang berlaku dan kami dapat melihat bagaimana kehidupan ini. Untuk mengubahnya kami perlu bersatu, terus positif dan berjuang.
"Ini yang akan kami lakukan untuk mengubah situasi dan saya yakin keadaan ini akan berubah. Sebab itu saya bangga untuk menjadi seorang pemain Liverpool. Saya gembira di sini (Anfield) berkongsi padang yang sama dengan pasukan ini," katanya.
Penyandang juara EPL itu kini berada di kedudukan ketujuh liga dan tertinggal 25 mata daripada Manchester City yang berada di kedudukan teratas liga.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!