Keputusan UMNO lepas jawatan dalam kerajaan PN diketahui petang ini

Ahmad (tengah) berbual mesra dengan petugas media ketika membuat lawatan di Laman Media PAU 2020 di WTCKL pada Ahad.
Ahmad (tengah) berbual mesra dengan petugas media ketika membuat lawatan di Laman Media PAU 2020 di WTCKL pada Ahad.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Keputusan untuk meminta semua ahli UMNO yang memegang jawatan dalam Kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN) termasuk diberikan jawatan dalam GLC menarik diri hanya akan diketahui petang ini.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, keputusan hanya akan dibuat selepas mendengar usul itu daripada kesemua jurucakap negeri selesai berbahas.

"Kita kemungkinan akan meminta pandangan daripada perwakilan dari segi persetujuan tertentu termasuk desakan supaya semua ahli UMNO yang memegang jawatan dalam Kabinet melepaskan jawatan.

"Usul itu (minta ahli UMNO lepas jawatan dalam kerajaan) tidaklah sesuatu yang memeranjatkan kita kerana sudah tahu perkara itu sebelum ini lagi.

"Jadi, kita akan tunggu dan lihat, buat masa ini kita belum putuskan lagi," katanya kepada pemberita ketika membuat kunjungan di Laman Media Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini, pada Ahad.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai desakan pemimpin dan akar umbi UMNO yang mahukan semua ahli parti itu yang berada dalam Kabinet untuk meletak jawatan.

Desakan itu timbul susulan keputusan UMNO memutuskan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!