Perikatan Nasional yakin mampu rampas Selangor: Wan Saiful

Wan Saiful
Wan Saiful
A
A
A

KLANG - Perikatan Nasional (PN) yakin mempunyai kekuatan mencukupi untuk mengambil alih kerajaan Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, persediaan di peringkat PN sudah lama dilakukan bagi merampas kerajaan negeri.

"Di Selangor ini, peluang kita (PN) amat cerah untuk ambil alih dan kita yakin dengan pelbagai program dijalankan parti di peringkat negeri ini kita mampu mencapai kemenangan di Selangor," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Dialog Penerangan Bersatu Malaysia di Wyndham Acmar, Klang pada Ahad.

Mengulas mengenai hubungan sedia ada antara Bersatu dengan Pas, Wan Saiful berkata, hubungan antara dua parti itu mesra dan sama adil selain menganggap ia setara dengan parti lain dalam komponen PN.

"Fokus kita berkhidmat untuk rakyat dan model kita ialah sentiasa bekerjasama dengan semua parti dalam PN.

"Malah, hubungan Bersatu dan Pas juga berjalan baik termasuklah semasa mengadakan mesyuarat secara bersama," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!