Kapal kontena gergasi Ever Given berjaya dialihkan

Kapal kontena gergasi MV Ever Given di Terusan Suez telah berjaya dialihkan pasukan penyelamat. -Foto AFP
Kapal kontena gergasi MV Ever Given di Terusan Suez telah berjaya dialihkan pasukan penyelamat. -Foto AFP
A
A
A

KAHERAH - Kapal kontena gergasi MV Ever Given di Terusan Suez telah berjaya dialihkan pasukan penyelamat setelah hampir seminggu tersekat di laluan perdagangan paling penting di dunia itu.

Walaupun kapal kargo itu berjaya diapungkan kembali dan bergerak keluar, namun ia masih belum jelas bilakah laluan itu dapat dibuka kepada trafik, atau kepada lebih 450 kapal yang terkandas, sedang menunggu, atau dalam perjalanan ke terusan itu.

Pada Ahad, ratusan jentera berat termasuk bot tunda dan kapal korek melakukan kerja-kerja memecahkan tebing.

Bagaimanapun, usaha tersebut bergantung kepada keadaan angin dan ombak di kawasan tersebut.

Kapal kontena berukuran 400 meter panjang itu tersekat di terusan berkenaan sejak Selasa lalu.

Kapal Ever Given.
Kapal Ever Given.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!