Xinjiang bantu warga emas manfaatkan teknologi pintar

No Image Caption
A
A
A

BEIJING - Pelbagai pihak di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, barat laut China menawarkan perkhidmatan kepada warga emas bagi membantu golongan itu memanfaatkan teknologi pintar dalam kehidupan harian.

Menurut kerajaan China, usaha untuk mempopularkan perkhidmatan pintar perlu memenuhi minat warga emas, dan peranti pintar tidak boleh menjadi halangan yang menjejaskan kehidupan golongan terbabit.

Oleh itu, pihak berkuasa berkaitan di wilayah Xinjiang akan menumpukan kepada isu yang berkait rapat dengan kehidupan warga emas termasuk perjalanan, perubatan, penggunaan, hiburan dan urusan lain yang berkaitan.

Di samping itu usaha untuk menambah bekalan produk peranti pintar yang sesuai untuk warga emas juga akan dilaksanakan selain mengubah suai kegunaan internet supaya dapat membantu golongan tersebut mengatasi kesukaran dalam penggunaan teknologi pintar.

Kakitangan di pusat khidmat awam juga akan menawarkan perkhidmatan kepada golongan warga emas, membantu mereka menggunakan teknologi berkenaan seperti aplikasi telefon dan mesin layan diri. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!