Wanita UMNO perkukuh kedudukan sebagai tunjang dalam PRU15

Norshida Ibrahim
Norshida Ibrahim
A
A
A
SHAH ALAM - Wanita UMNO perlu memperkukuhkan kedudukan sebagai tunjang parti dalam menghadapi cabaran dunia politik terutama menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ketua Penerangan Wanita UMNO, Norshida Ibrahim berkata, UMNO tidak pernah jemu memperjuangkan politik bangsa meskipun berdepan dengan kritikan dan tohmahan pihak-pihak lain.

“Bangsa Melayu seperti sebuah rumah, UMNO adalah penukangnya dan semua penghuni tanpa mengira kaum dan agama serta fahaman politik dijaga dengan penuh rasa amanah dan tanggungjawab.

“Wanita UMNO tidak berjuang semata-mata kerana cerita sejarah tentang siapa kami, tetapi kami berjuang kerana tanggungjawab untuk mengisi dan mempertahankannya,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Menurut beliau, wanita sebagai tulang belakang UMNO seharusnya lebih fokus pada agenda parti serta tenang dalam apa jua keadaan.
Artikel Berkaitan:


“Sekiranya tulang belakang iaitu wanita retak atau senget, maka goyahlah UMNO secara keseluruhannya.

“Sehubungan itu, Wanita UMNO berikrar setia bersama parti dan sanggup mengorbankan apa jua kedudukan, pangkat untuk membuktikan kesetiaan kami kepada perjuangan parti keramat ini,” tegasnya.

-end-

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!