Lewandowski tidak ke Wembley
TONGGAK Poland, Robert Lewandowski terpaksa disisihkan menentang England bagi aksi Kumpulan I Kelayakan Piala Dunia 2022 di Stadium Wembley pada Khamis.
Penyerang Bayern Munich berusia 32 tahun itu mengalami kecederaan ketika negaranya melakar kemenangan 3-0 ke atas Andorra pada Ahad.
“Lewandowski tidak akan diturunkan pada perlawanan menentang England di London. Ujian klinikal menunjukkan ligamen lutut kanan Lewandowski mengalami kecederaan.
“Jadi untuk tempoh masa ini kapten pasukan terpaksa disisihkan bagi mengelakkan risiko kecederaan lebih serius. Keputusan ini juga mengambil kira saingan Euro.
“Rawatan kecederaan jenis ini kebiasaannya mengambil masa lima hingga 10 hari. Lewandowski akan kembali ke Bayern di mana beliau akan menjalani pemulihan lanjut,” kata Poland FA dalam kenyataan rasmi.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!