Polis tahan 14 penagih dadah
KUALA PERLIS - Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis menahan 14 individu, termasuk tiga warga asing berumur antara 19 dan 45 tahun dipercayai penagih dadah selepas menyerbu beberapa lokasi sekitar sini dalam Ops Tapis pada Selasa.
Ujian saringan air kencing di balai polis Kuala Perlis mendapati kesemua mereka kebanyakannya nelayan dan buruh binaan positif dadah jenis methamphetamine dan mereka akan disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Operasi selama dua jam bermula jam 9 pagi yang disertai oleh 25 anggota serta pegawai itu melibatkan serbuan di sekitar Kampung Tengah, Kampung Tanah Baru serta Kampung Tok Pi dekat sini.
Sementara itu, Ketua JSJN negeri, Superintendan Chan Ngai Ho ketika dihubungi pemberita mengesahkan penahanan itu. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!