Buruh didakwa rogol adik ipar

Tertuduh (tengah) dikawal polis ketika keluar dari bilik Mahkamah Sesyen Kota Bharu pada Selasa.
Tertuduh (tengah) dikawal polis ketika keluar dari bilik Mahkamah Sesyen Kota Bharu pada Selasa.
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang buruh ladang kelapa sawit didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa terhadap dua pertuduhan merogol dan mencabul adik iparnya yang berusia 11 tahun dalam kejadian September tahun lalu.

Tertuduh yang berusia 19 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan kerana merogol dan berdepan hukuman penjara tidak kurang lapan tahun hingga 30 tahun dan 10 sebatan jika disabitkan kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak sama.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan penjara tidak melebihi 20 tahun dan sebatan.

Kedua-dua kesalahan itu dilakukan di dalam bilik sebuah rumah di Kampung Kubang Kerian, Lata Rek dekat Kuala Krai jam 8 pagi pada 2 dan 6 September 2020.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Sharifah Amirda Amir Shariffuddin manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Sharifah Amirda tidak mencadangkan sebarang jaminan kerana hubungan kekeluargaan mereka sebaliknya tertuduh merayu dibenarkan jamin.

Artikel Berkaitan:

Mahkamah bagaimanapun tidak membenarkan tertuduh diikat jamin.

Kes ditetapkan sebutan semula pada tarikh 28 April depan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!