Patah kaki, tangan jatuh longkang sedalam tiga meter

Anggota bomba membuat rawatan awal sebelum menaikkan mangsa. - Foto ihsan bomba
Anggota bomba membuat rawatan awal sebelum menaikkan mangsa. - Foto ihsan bomba
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Skudai terpaksa dikejarkan ke Taman Universiti di Skudai di sini bagi menyelamatkan seorang warga asing yang jatuh ke dalam longkang sedalam tiga meter pada pagi Selasa.

Ketua BBP Skudai, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Riduan Akhyar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.24 pagi sebelum satu jentera FRT dan satu jentera EMRS dihantar ke lokasi kejadian.

Keadaan longkang besar sedalam tiga meter. - Foto ihsan bomba
Keadaan longkang besar sedalam tiga meter. - Foto ihsan bomba

"Sebaik tiba, kita dapati lelaki berusia lingkungan 30-an itu dalam keadaan terlentang dalam longkang dan mengalami patah kaki kiri serta tangan kanan.

"Memandangkan longkang yang agak dalam, kita terpaksa menaikkan mangsa dengan menggunakan tali dan memberikan rawatan awal sebelum diserahkan kepada pasukan perubatan untuk dihantar ke hospital," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Katanya, operasi ditamatkan pada jam 8.20 pagi setelah memastikan keadaan selamat.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!