Peru bakal adakan pilihan raya presiden pada April
LIMA - Peru akan mengadakan pilihan raya presiden pada 11 April dengan peraturan penjarakan sosial yang ketat untuk melindungi pengundi ketika pandemik Covid-19, lapor Agensi Berita Xinhua.
"Tidak ada risiko, kerana 88 negara lain telah mengadakan pilihan raya pada masa pandemik, dengan mematuhi protokol,” kata Ketua Suruhanjaya Pilihan Raya Piero Corvetto kepada media tempatan.
Setakat ini, Peru telah mendaftarkan 1,529,882 kes Covid-19.
Namun dengan langkah-langkah kesihatan dan keselamatan yang ditetapkan, pilihan raya seharusnya tidak menimbulkan risiko dari segi penularan virus, kata Corvetto.
Rakyat Peru akan mengundi untuk memilih pengganti Presiden Francisco Sagasti daripada 18 calon yang akan bertanding. Tempoh Sagasti berakhir pada 28 Julai.
Pilihan raya kali ini menyaksikan seramai 25,287,954 rakyat Peru layak mengundi. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!