Gandingan vivo siri X60, ZEISS hasilkan foto menakjubkan
Pengguna dan peminat telefon pintar hari ini bukan hanya mengejar kecanggihan pemprosesan, penampilan pintar dalam gajet itu sahaja, tetapi juga kehebatan dan kehebatan inovasi baharu dalam merakam gambar.
Ini kerana merakam gambar, berswafoto dan bereksperimentasi dengan kamera telefon pintar sudah menjadi kemestian kepada majoriti pengguna. Mereka mahukan kamera telefon pintar mampu membantu mereka dalam fotografi seumpama seorang jurufoto professional.
Sebab itulah, pengeluar jenama telefon pintar yang dinobatkan sebagai Top 5 Global Smartphone Vendors 2020 – vivo cukup peka dengan kehendak generasi baharu ‘pengejar’ teknologi fotografi digital ini.
Terbaharu, vivo berganding bahu dengan ZEISS, pengasas dan peneraju penimejan optik terkemuka di dunia untuk memperkenal dan membangunkan teknologi serta inovasi dalam pengimejan telefon bimbit.
Pastinya dalam era teknologi telefon pintar hari ini, momen-momen indah dalam kehidupan sosial para pengguna merupakan satu keterujaan baharu. Mereka mahu merakamkan kesemua detik-detik indah, berkongsi dan mengabadikannya setiap masa serta di mana sahaja.
Menariknya, sejak kebelakangan ini beberapa filem yang pernah memenangi Anugerah Oscar dirakam penggambarannya menggunakan lensa dari ZEISS. Untuk itu, vivo dan ZEISS menghasilkan system pengimejan mobil baharu sebagai satu bentuk kerjasama jangka panjang dalam memberikan pengalaman mobilgrafi menakjubkan kepada pengguna.
Pengalaman merakam foto itu merupakan satu reflaksi terbaik sama ada untuk tujuan perniagaan, seni fotografi, dan keterujaan dalam kehidupan sebenar.
vivo bakal menayangkan featurette terbaharu di Facebook page dan saluran Youtube rasmi mereka pada 31 Mac (esok). Filem pendek bertajuk ‘Incident’ arahan pengarah terkenal yang pernah dinobatkan sebagai Pengarah Baru Terbaik pada Golden Horse Award itu menggunakan jenama terunggul fotografi profesional; vivo X60 pro.
Dalam tempoh 25 tahu lalu, vivo telah menyelami dan memahami keinginan berbeza-beza setiap pengguna melalui penyelidikan konprehensif.
Oleh itu, dengan kesungguhan penyelidikan dan pembangunan keinginan pengguna dan inovasi, vivo telah berjaya menghasilkan generasi telefon pintar yang menjadi mengikat keinginan dan kepercayaan para pengguna.
Bagi menjamin pengguna selalu mendapat kepuasan dan kesetiaan untuk jangka panjang, vivo telah membangunkan pusat penyelidikan dan pembangunan imej di peringkat global dengan kekuatan lebih 700 kakitangan untuk pusat berkenaan.
“vivo ZEISS Imaging Lab”, bakal memberikan satu persembahan terbaik kepada para pengguna yang sukakan kreativiti dalam merakam gambar dengan keupayaan terkini pengimejan optikal telefon pintar vivo.
Untuk gambaran lebih jelas, ZEISS telah mengemudi pembangunan dan inovasi dalam teknologi optikal sejak 1846. ZEISS juga telah dinobatkan sebagai pembuat dan peneraju terkemuda dalam teknologi optikal.
Tiga Ciri Terbaik Telefon Pintar vivo
1. Gimbal Stabilization 2.0
2. Extreme Night Vision 2.0
3. Qualcomm Snapdragon 870
Apa yang menarik lagi, selain daripada penampilan fungsi fotografi professional, vivo siri X60 juga didatangkan dengan ZEISS Biotar Portrait Style dan 120Hz Refresh Rate.
ZEISS Biotar Portrait Style
Siri X60 series menghasilkan semula hampir keseluruhan ciri-ciri yang terdapat pada lensa Biotar lenses, termasuk pemusatan resolusi dan juga putaran bokeh lensa Biotar.
Tujuh Gaya Penapis Malam
1. Hitam dan Keemasan
2. Biru Ais
4. Cyberpunk
5. Merah Gelap
6. Biru Oren
7. Perak Oren
Untuk maklumat lanjut dan pembelian terus secara atas talian, klik pautan di bawah:
E-store: https://bit.ly/3qtX9iZ
Lazada: https://bit.ly/3v4d5fo
Shopee: https://bit.ly/38qWgBw
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!