AS gantung urusan dagangan dengan Myanmar
WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) menangguhkan semua urusan perdagangan dengan Myanmar selepas rampasan kuasa tentera baru-baru ini dan keganasan yang berterusan terhadap orang awam, lapor Sputnik memetik kenyataan Pejabat Perwakilan Perdagangan AS (USTR) pada Isnin.
"Wakil Perdagangan Amerika Syarikat Katherine Tai pada Selasa mengumumkan penggantungan semua penglibatan AS dengan Myanmar di bawah Perjanjian Kerangka Perdagangan dan Pelaburan 2013 (TIFA), berkuat kuasa serta-merta.
"Penggantungan ini akan diteruskan sehingga kerajaan yang dipilih secara demokrasi oleh rakyat dikembalikan,” kata kenyataan itu. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!