Hanya dua peratus polis Melaka dikenakan tindakan tatatertib

Abdul Majid (tengah) ketika menyaksikan sesi serah terima tugas antara Datuk Shahrul Lalli Masduki (kiri) dan Pemangku Senior Asisten Komisioner (SAC) Razali Abu Samah, di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di Bukit Beruang, pada Selasa.
Abdul Majid (tengah) ketika menyaksikan sesi serah terima tugas antara Datuk Shahrul Lalli Masduki (kiri) dan Pemangku Senior Asisten Komisioner (SAC) Razali Abu Samah, di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di Bukit Beruang, pada Selasa.
A
A
A

MELAKA - Polis negeri ini merekodkan tindakan tatatertib kurang daripada dua peratus iaitu melibatkan masalah disiplin dan integriti dalam kalangan pegawai serta anggota polis muda.

Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Majid Mohd Ali berkata, meskipun begitu pihaknya tidak akan memandang ringan dengan masalah dalaman itu dan akan terus memperkasa pasukan dengan mengambil tindakan tegas kepada setiap pegawai atau anggota terlibat.

Katanya, antara masalah dalaman yang dilakukan termasuk hadir kerja lewat, tidak memotong rambut dan aduan orang awam mengenai cara pertuturan yang agak kasar.

"Saya lihat tahap disiplin atau integriti terkawal dan ia lebih kepada kesalahan berkaitan dalaman seperti datang lewat atau berambut panjang.

"Jadi mereka ini perlu sabar dan mustahak sekali adalah taat setia kepada pemimpin supaya pasukan polis terus berjaya pada masa hadapan," katanya kepada pemberita ketika sidang akhbar selepas Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Ketua Polis Melaka antara Datuk Shahrul Lalli Masduki dan Pemangku Senior Asisten Komisioner Razali Abu Samah di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di Bukit Beruang, di sini, pada Selasa.

Kata beliau, pihaknya tidak berkompromi dengan kesalahan melibatkan integriti dan disiplin, sekali gus akan mengambil tindakan segera supaya tidak merebak dalam kalangan anggota atau pegawai lain.

"Jika tidak diambil satu tindakan yang tegas lama kelamaan pasukan polis akan menjadi lemah dan kemudian menjadi cemuhan masyarakat," katanya.

Tambahnya, golongan itu perlu terus menunjukkan taat setia kepada kepada pemimpin dan kepentingan berpasukan menjadi keutamaan berbanding kepentingan diri dalam menentukan kejayaan selain dapat menawan hati masyarakat bagi menjaga ketenteraman negara.

Artikel Berkaitan:

Pada majlis itu Abdul Majid menyaksikan majlis serah tugas Razali yang memangku tugas sebagai Timbalan Ketua Polis negeri berkuatkuasa pada Selasa menggantikan Shahrul Lalli yang kini menjadi Timbalan Ketua Polis Selangor dan dinaikkan pangkat dengan memangku jawatan Deputi Komisioner Polis (DCP).

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!