Gadis cari bapa jadi wali nikah

Rozita mencari bapanya, Zakaria Saiman untuk melancarkan urusan pernikahannya bulan depan.
Rozita mencari bapanya, Zakaria Saiman untuk melancarkan urusan pernikahannya bulan depan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang gadis mencari bapa kandungnya untuk menjadi wali pernikahannya bulan depan.

Rozita Zakaria, 32, berkata, bapanya, Zakaria Saiman, 70an berpisah dengan ibunya, Maimuunah Mokhttar, 72, ketika usianya lima tahun.

Menurutnya, selepas perpisahan itu, mereka sekeluarga terputus hubungan dengan bapanya yang berasal dari Melaka.

"Saya sudah pergi ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), namun tiada maklumat ayah dalam rekod.

"Saya juga mencarinya di kampung, namun dia tiada di sana," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Anak kedua daripada tiga beradik itu berharap dapat bertemu segera dengan bapanya bagi melancarkan urusan perkahwinan bersama pasangan, Mohd Akmal Sulimaan, 33.

Orang ramai yang mempunyai maklumat di mana Zakaria berada boleh menghubungi Rozita di talian 0139007991.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!