Ada pegawai bocor maklumat, 'lindungi' Nicky Liow: KPN

Abdul Hamid ketika mengadakan sidang akhbar khas mengenai rangkaian sindiket pengubahan wang haram antarabangsa di Bukit Aman, Kuala Lumpur pada Selasa. - Foto: Bernama
Abdul Hamid ketika mengadakan sidang akhbar khas mengenai rangkaian sindiket pengubahan wang haram antarabangsa di Bukit Aman, Kuala Lumpur pada Selasa. - Foto: Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mendedahkan terdapat pegawainya yang membocorkan maklumat dalam usaha polis memburu Pengasas Winner Dynasty Group, Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee yang terlibat sindiket jnyh terancang.

Menurutnya, daripada soal siasat berlaku kebocoran maklumat dan akibat kebocoran itu Nicky (Son Hee) berjaya memindahkan sejumlah besar wang yang dibawa keluar dari premis.

"Hal itu dilihat saksi terbabit dan saksi berkenaan yakin itu adalah wang tunai sebagaimana yang dipaparkan di media sosialnya dengan wang yang ditaburkan di atas lantai.

"Betapa 'slacknya' pegawai ini walhal begitu ramai mangsa tertipu dengan kes ini.

"Kita akan tangkap pegawai polis ini. Degil! Masih lagi hidup dengan khayalan dan lihat nasib dia bagaimana. Saya mahu lihat sejak bila dia ambil duit. Kalau dia ambil selepas saya bagi amaran, maknanya dia memang tidak cerdik. Tamak! Akhirnya tumpas," katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman, di sini pada Selasa.

Abdul Hamid berkata, terdapat 34 pegawai dan anggota agensi penguat kuasa termasuk polis terlibat dengan sindiket terbabit.

"Mereka ini bergaul, menjadi ahli, membantu dan menerima suapan," katanya.

Tegas Abdul Hamid, beliau akan perhalusi dan akan menyiasat akaun bank, bagaimana pembayaran dibuat dan lain-lain untuk tindakan di bawah undang-undang.

Artikel Berkaitan:

"Saya akan ambil tindakan. Tiada isu mahu cover (lindung). Tiada apa mahu dimalukan. Ini hakikatnya. Betapa teruknya keadaan ini.

"Sampai bila? Saya tidak akan jemu dengan perkara ini. Teruskan bersihkan elemen ini di mana penjenayah masuk dalam PDRM, atur tindakan dapat perlindungan.

"Saya akan utamakan tindakan di bawah undang-undang dan tatatertib kemudian. Perbuatan itu sungguh jijik. Saya cenderung untuk ambil tindakan di bawah Kanun Keseksaan dan pengubahan wang haram," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!