Kerja pengalihan, sambung paip 73 peratus selesai

Kerja-kerja pengalihan dan penyambungan paip baharu berhampiran Persiaran Selangor, Seksyen 15 mencapai tahap 73 peratus. - Foto Air Selangor
Kerja-kerja pengalihan dan penyambungan paip baharu berhampiran Persiaran Selangor, Seksyen 15 mencapai tahap 73 peratus. - Foto Air Selangor
A
A
A

SHAH ALAM - Kerja-kerja pengalihan dan penyambungan paip baharu berhampiran Persiaran Selangor, Seksyen 15 mencapai tahap 73 peratus sehingga jam 5 petang tadi (Selasa).

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi satu kenyataan pada Selasa berkata, kerja-kerja berkenaan dijangka siap sepenuhnya pada jam 9 malam ini.

Menurutnya, bekalan air akan mula disalurkan selepas kerja-kerja tersebut siap dilaksanakan oleh Air Selangor.

"Pemulihan air adalah secara berperingkat dan tempohnya bergantung kepada kuantiti bekalan, jarak lokasi premis dan tekanan air pada sistem agihan," katanya.

Sebelum ini, Air Selangor memaklumkan kerja-kerja pengalihan dan penyambungan paip berkenaan telah dimulakan pada pagi Selasa.

Ketua Komunikasi Korporat, Air Selangor, Elena Basri berkata, kerja-kerja itu mengikut jadual seperti yang diumumkan pada 24 Mac lalu.

Katanya, kerja-kerja pengalihan dan penyambungan paip itu juga akan menyebabkan gangguan bekalan air berjadual di lima kawasan di Wilayah Petaling, 14 kawasan di Wilayah Klang dan 12 kawasan di Wilayah Shah Alam.

ARTIKEL BERKAITAN: Gangguan bekalan air sehingga 68 jam

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!