‘Mungkin kami terpaksa mandi di plaza tol’

Penghuni di Flat Proton, Seksyen 27 mengalami kesukaran untuk menyimpan air pada jangka masa lama kerana memiliki tangki air yang kecil.
Penghuni di Flat Proton, Seksyen 27 mengalami kesukaran untuk menyimpan air pada jangka masa lama kerana memiliki tangki air yang kecil.
A
A
A

SHAH ALAM - “Kalau bekalan air habis, mungkin kami sekeluarga terpaksa mandi di plaza tol berdekatan.”

Itu keluhan seorang penduduk yang ingin dikenali sebagai Nora apabila dimaklumkan bahawa lori air tidak datang ke kawasan perumahan di Flat Proton, Seksyen 27 di sini.

Tinjauan Sinar Harian pada Selasa mendapati penduduk di sini resah sebaik mengetahui lori air tidak datang ke kawasan itu memandangkan mereka tidak mampu menyimpan air dalam tempoh yang lama kerana ruang rumah sempit.

Nora berkata, walaupun pihak Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memberi makluman awal berkenaan gangguan air berjadual namun dia khuatir simpanan air yang dibuat tidak mencukupi.

“Kalau gangguan air berlaku selama dua hari, kami sekeluarga masih boleh tahan.

"Tapi kalau berlarutan lebih daripada yang dimaklumkan, susahlah kami kerana macam mana kami nak simpan air di rumah flat ini,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Gangguan bekalan air sehingga 68 jam

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, seorang lagi penghuni dikenali sebagai Che Nah turut meluahkan perkara sama berkenaan air simpanan yang mungkin tidak mampu bertahan dalam tempoh yang lama.

Menurutnya, jika bekalan air tidak mencukupi, dia akan menghubungi pihak Air Selangor untuk menghantar bekalan air ke kawasan tersebut.

“Tapi selalunya mereka tidak akan hantar ke sini, jadi kami terpaksa ke lokasi lain yang ditetapkan oleh mereka yang ada kalanya jauh dari rumah kami.

“Kalau bekalan air habis, saya akan pergi ke Puchong kerana di sana jarang berlaku masalah gangguan air,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:Gangguan bekalan air: Kerja pengalihan, penyambungan paip sudah dimulakan

Sementara itu, seorang penghuni yang dikenali sebagai Norizan berkata, lori tangki air biasanya akan datang pada hari terakhir gangguan air berlaku.

Namun begitu, dia gusar jika gangguan tersebut berlarutan walaupun sudah membuat persiapan menghadapi masalah tersebut.

Air Selangor dalam satu kenyataan memaklumkan mula melaksanakan kerja penyelenggaraan aset utama secara berjadual berdasarkan kelulusan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan kerja-kerja melibatkan pengalihan serta penyambungan paip baharu di Persiaran Selangor, Seksyen 15 di sini menyebabkan gangguan bekalan air selama 48 jam.

“Sebanyak lima kawasan di daerah Petaling dan 14 kawasan di Klang serta 11 kawasan di Shah Alam mengalami gangguan air pada 30 Mac bermula jam 9 pagi.

“Kerja-kerja ini dijalankan pada 30 Mac dan bekalan air dijangka pulih sepenuhnya pada 1 April,” kata kenyataan itu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!