Borong buku harga RM1 di Karnival Karangkraf

A
A
A

SHAH ALAM - Karnival Jualan Gudang Awal Tahun 2019 Karangkraf di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini, mendapat sambutan yang cukup menggalakkan daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Buktinya, lebih 700 buah buku pelbagai genre habis terjual dalam tempoh tiga jam sejak karnival tersebut beroperasi pada pukul 9 pagi. Rata-rata pengunjung yang hadir tidak melepaskan peluang membeli variasi buku dan novel yang dijual pada harga antara RM1 hingga RM5 senaskhah.

No Image Caption



Seorang pengunjung, Darul Ridzuan Abdul Wahed, 41, yang datang dari Ipoh, Perak menyifatkan kos membeli koleksi buku sebanyak RM150 di Jualan Gudang Awal Tahun 2019 Karangkraf itu amat berbaloi dan berpatutan.

"Selesai sahaja menghadiri kursus di Bangi, saya dan isteri segera berkunjung ke sini bagi mendapatkan buku kanak-kanak, agama, novel dan kesihatan yang dijual pada harga serendah RM1.

Darul Ridzuan Abdul Wahed
Darul Ridzuan Abdul Wahed

"Harga yang ditawarkan cukup murah dan tidak boleh didapati di mana-mana kedai buku. Lagipun bahan bacaan di sini berkualiti dan memberi manfaat kepada pembaca," kata kakitangan Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak tersebut.

Sementara itu, pelajar tingkatan lima Siti Zulaikha Adriana Zaharan, 17, memberitahu, dia bersama dua rakan dan seorang guru pengiring sanggup datang pada hari pertama karnival kerana enggan melepaskan buku-buku berharga RM1.

Siti Zulaikha Adriana Zaharan
Siti Zulaikha Adriana Zaharan

"Kami merebut peluang membeli pelbagai jenis buku berharga antara RM1 hingga RM3.

"Buku-buku ini seterusnya akan dijual di sekolah sempena Hari Jualan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) pada minggu depan," jelas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Kebun, Klang.

Artikel Berkaitan:

Bagi Nur Adila Yusof, 30, pula sebagai peminat novel penganjuran jualan gudang seumpama ini memberi peluang kepada beliau membeli koleksi novel nukilan novelis tempatan pada harga murah.

Nur Adila Yusof
Nur Adila Yusof

"Saya hadir kerana potongan harga ditawarkan sangat menarik. Diharapkan pihak Karangkraf dapat meneruskan jualan gudang ini dari semasa ke semasa," ujarnya yang meminati novel karya Damya Hanna dan Aisyah Sofea.

Menariknya, esok (Sabtu) pengunjung yang berbelanja lebih RM200 dalam satu resit akan mendapat baucar perkhidmatan servis penghawa dingin kereta bernilai RM150 manakala baucar KFC bernilai RM10 pula diberikan kepada pembelian atas RM50 dalam satu resit.

No Image Caption

Jualan Gudang Awal Tahun 2019 Karangkraf yang bermula semalam hingga 24 Februari depan akan beroperasi pada pukul 9 pagi hingga 7 malam.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!