Penunggang motosikal maut terperosok bawah treler

Mangsa, Lu Tong Kiat, 53, mengalami kecederaan parah di kepala dan badan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Mangsa, Lu Tong Kiat, 53, mengalami kecederaan parah di kepala dan badan meninggal dunia di lokasi kejadian.
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang penunggang motosikal maut apabila terperosok ke bawah treler di persimpangan lampu isyarat Paya Bemban, di sini pada Selasa.

Mangsa, Lu Tong Kiat, 53, maut dalam kemalangan yang berlaku pada jam 12 tengah hari itu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kelantan, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, siasatan awal mendapati lelaki itu menunggang motosikal jenis Honda C70 dari arah Jalan Wisma menghala ke Jalan Guchil Bayam.

Menurutnya, treler jenis Renault Premium juga dipandu dari arah sama oleh pemandu lori berusia 43 tahun yang meneruskan perjalanan memandangkan lampu isyarat berwarna hijau.

Motosikal yang ditunggang mangsa dilanggar treler di persimpangan lampu isyarat Paya Bemban, Kota Bharu pada Selasa.
Motosikal yang ditunggang mangsa dilanggar treler di persimpangan lampu isyarat Paya Bemban, Kota Bharu pada Selasa.

“Secara tiba-tiba motosikal mangsa yang berada di sisi kiri cuba memotong treler untuk membelok ke kanan menghala ke arah Taman Maju namun gagal.

“Pemandu treler yang tidak menyedari kehadiran mangsa kerana berada di titik buta melanggar dari bahagian tepi menyebabkan mangsa terperosok ke bawah kenderaan berat itu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Beliau berkata, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan badan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Artikel Berkaitan:

“Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk bedah siasat.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!