Sepanyol hapus had umur guna vaksin AstraZeneca
SEPANYOL menghapuskan had umur 65 tahun ke atas untuk menerima vaksin Covid-19 keluaran AstraZeneca.
Ia juga mengumumkan akan memberi vaksin Johnson & Johnson bagi individu berumur 66 tahun ke atas.
Suruhanjaya kesihatan awam Sepanyol bersetuju dengan perubahan tersebut selepas bermesyuarat pada Selasa.
Minggu lalu, Sepanyol memutuskan untuk meneruskan semula suntikan vaksin AstraZeneca bagi individu berusia 18 hingga 65 tahun.
Beberapa negara Eropah telah menangguhkan pemberian suntikan vaksin tersebut susulan wujud kebimbangan berkaitan kes pembekuan darah.
Bagaimanapun, jurucakap kementerian kesihatan tidak mengesahkan atau menafikan laporan stesen radio tersebut.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!