Timbalan Menteri Luar adakan lawatan rasmi ke Turki, Qatar, Iran

Kamarudin Jaffar
Kamarudin Jaffar
A
A
A

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Luar, Datuk Kamarudin Jaffar akan mengadakan lawatan rasmi ke Turki, Qatar dan Iran mulai Rabu hingga 6 April.

Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, lawatan berkenaan memperlihatkan betapa Malaysia memberi perhatian terhadap hubungan dan kerjasama dengan tiga negara di Asia Barat itu.

Sempena lawatan itu, Kamarudin dijadual bertemu rakan sejawatannya dan pihak berkepentingan yang lain.

"Agenda utama adalah untuk memperkukuhkan lagi kerjasama sedia ada, termasuk perkara berkaitan pemulihan pasca pandemik Covid-19, serta bertukar-tukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama," kata kenyataan itu.

Lawatan berkenaan dilaksanakan di bawah prosedur operasi standard (SOP) yang ketat seperti dipersetujui Kementerian Kesihatan, Majlis Keselamatan Negara serta pihak berkuasa kesihatan Turki, Qatar dan Iran. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!