Muhyiddin pengerusikan mesyuarat Kabinet

 Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempengerusikan mesyuarat Kabinet di bangunan Perdana Putra.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempengerusikan mesyuarat Kabinet di bangunan Perdana Putra.
A
A
A

PUTRAJAYA - Selepas menoktahkan mengenai kedudukan menteri UMNO dalam Kabinet Perikatan Nasional (PN), Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempengerusikan mesyuarat Kabinet di bangunan Perdana Putra.

Mesyuarat Kabinet tersebut diadakan setiap minggu pada Rabu.

Beberapa keping gambar mesyuarat Kabinet dimuat naik ke laman Facebooknya.

Kelihatan dalam mesyuarat tersebut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang berada di sebelah kanan Muhyiddin, manakala Menteri Kanan (Perdagangan Antarabangsa dan Industri), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berada di sebelah kirinya.

Turut kelihatan, Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Pendidikan, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin.

Antara yang hadir, Menteri pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan dan barisan menteri yang lain.

Sebelum ini, kedudukan menteri UMNO dalam Kabinet menjadi tanda tanya selepas parti itu meluluskan usul memutuskan hubungan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Bagaimanapun, kesemua 14 menteri UMNO mencapai persepakatan untuk terus kekal berada dalam Kabinet PN.

ARTIKEL BERKAITAN Menteri UMNO sepakat kekalkan Kabinet: Muhyiddin

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!