Perakam suara pesawat Sriwijaya Air akhirnya ditemui

Gambar fail menunjukkan anggota-anggota tentera laut Indonesia menemui serpihan pesawat Sriwijaya Air dekat Pulau Lancang, Indonesia. - Foto AFP
Gambar fail menunjukkan anggota-anggota tentera laut Indonesia menemui serpihan pesawat Sriwijaya Air dekat Pulau Lancang, Indonesia. - Foto AFP
A
A
A

JAKARTA - Perakam suara kokpit pesawat Boeing 737-500 milik Sriwijaya Air yang terhempas pada 9 Januari lalu ke dalam Laut Jawa dekat Jakarta dan mengorbangkan 62 penumpang serta kru penerbangan berjaya ditemui, kata Kementerian Pengangkutan Indonesia pada Rabu.

Pesawat itu yang berusia 26 tahun terjunam ke dalam laut pada ketinggian 3,000 meter selepas beberapa minit berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta.

Para penyelam sebelum ini telah mencari perakam suara itu yang merakamkan perbualan antara juruterbang-juruterbang pesawat itu selepas ia terhempas.

Perakam data penerbangan pesawat itu sebelum ini telah dijumpai oleh para penyelam di laut itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Pesawat Sriwijaya Air terputus hubungan selepas berlepas

ARTIKEL BERKAITAN: Sistem kawalan automatik didakwa punca nahas Sriwijaya Air

Laporan awal nahas itu menyatakan juruterbang-juruterbang pesawat tersebut melaporkan pelbagai masalah berlaku sebelum ia terhempas ke dalam laut.

Perakaman suara itu mampu memberikan petunjuk penting tentang perbualan juruterbang-juruterbang berkenaan apabila ia dalam penerbangan menuju ke Pontianak di Borneo.

Artikel Berkaitan:

Pesawat itu sebelum ini pernah digunakan oleh syarikat penerbangan Amerika Syarikat (AS) iaitu Continental Airlines dan United Airlines. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!