Penuntut dakwa dicabul pensyarah

No Image Caption
A
A
A

SUNGAI BULOH - Polis mengesahkan menerima satu laporan polis dibuat seorang penuntut yang mendakwa menjadi mangsa cabul pensyarahnya pada 23 Februari lalu.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, laporan dibuat wanita berusia lingkungan 20-an itu pada Isnin di Balai Polis Kampung Baru Subang.

"Saya sahkan ada laporan dibuat mangsa dan siasatan sedang dijalankan.

"Polis akan panggil individu yang terlibat dan meneliti semua sudut untuk tindakan lanjut biarpun laporan terbabit telah ditarik semula oleh mangsa," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Difahamkan dalam kejadian pada 23 Februari lalu itu, mangsa dikatakan telah dicabul pensyarah terbabit semasa di dalam kereta di kawasan parkir pusat beli-belah di Bandar Pinggiran Subang.

Mangsa juga dikatakan turut diganggu di dalam kelas dengan cuba dipegang tangan selain dihubungi menerusi pesanan aplikasi WhatsApp.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!