Projek bernilai RM1.3 bilion bakal tarikan baharu Langkawi

Muhammad Sanusi (kiri) bersama David Goh melakukan gimik pelancaran Projek Pembangunan Litar Lumba dan Resort Bersepadu Open Road di Wisma Darul Aman di sini pada Rabu.
Muhammad Sanusi (kiri) bersama David Goh melakukan gimik pelancaran Projek Pembangunan Litar Lumba dan Resort Bersepadu Open Road di Wisma Darul Aman di sini pada Rabu.
A
A
A

ALOR SETAR - Projek resort bersepadu dan pembinaan litar lumba bertaraf antarabangsa, Open Road International Circuit and Integrated Resorts dengan nilai pembangunan kasar RM1.3 bilion bakal menjadi tarikan baharu di Pulau Langkawi.

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, projek yang akan dilaksanakan di atas tanah seluas 66.7 hektar termasuk lapan hektar tanah kerajaan itu dijangka memberi manfaat kepada sektor ekonomi serta pendapatan penduduk apabila siap dalam tempoh lima tahun lagi.

Beliau berkata, seperti semua sedia maklum, pandemik Covid-19 memberi kesan amat besar kepada ekonomi sejak tahun lepas dengan paling ketara membabitkan sektor pelancongan.

"Di Langkawi misalnya, hampir semua sektor ekonomi pulau ini terhenti dengan semua kegiatan bergantung kepada penduduk tempatan tanpa adanya aliran masuk pelancong luar.

'Sehubungan itu, Permodalan Kedah Berhad (PKB) dengan kerjasama syarikat Open Road Asia Sdn Bhd merancang merancakkan sektor pelancongan di Langkawi melalui cadangan pembangunan litar lumba bertaraf dunia yang dirasakan amat sesuai," katanya pada sidang akhbar sempena Majlis Menandatangani Perjanjian Usahasama Projek Pembangunan Litar Lumba dan Resort Bersepadu Open Road di Wisma Darul Aman di sini pada Rabu.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif PKB, Abdul Rahman Din.

Muhammad Sanusi berkata, pembinaan litar lumba bertaraf antarabangsa berkenaan bakal menjadi tarikan baharu sektor pelancongan di Pulau Langkawi.

Muhammad Sanusi mencuba sendiri merasai pengalaman menaiki kereta berpretasi tinggi pada Majlis Menandatangani Perjanjian Usahasama Projek Pembangunan Litar Lumba dan Resort Bersepadu Open Road di Wisma Darul Aman di sini pada Rabu.
Muhammad Sanusi mencuba sendiri merasai pengalaman menaiki kereta berpretasi tinggi pada Majlis Menandatangani Perjanjian Usahasama Projek Pembangunan Litar Lumba dan Resort Bersepadu Open Road di Wisma Darul Aman di sini pada Rabu.

Artikel Berkaitan:

"Walaupun komponen dinyatakan agak objektif dan mewah, saya harap segmen untuk kelas menengah dan rendah turut dimasukkan dalam pembangunan sehingga limpahan pembangunan dapat dinikmati semua," katanya.

Sementara itu, pengasas dan penasihat Kumpulan Open Road, Datuk David Goh berkata, Open Road International Circuit (ORIC) and Integrated Resorts (ORIC Integrated Resorts) bukan hanya merangkumi sirkit pemotoran.

"Malah, projek berkenaan akan melibatkan resort bersepadu yang merangkumi hartanah kediaman mewah, hotel bertaraf lima bintang, outlet jualan barangan mewah, pusat pengedaran kenderaan Empat-S, gudang penyimpanan kenderaan mewah, restoran terkemuka dan aneka tarikan pelancongan," katanya.

"Fasa pertama pembangunan ialah, litar lumba sepanjang 5.8 kilometer (km) yang direka bentuk mengikut topografi sebenar Bukit Malut akan menjadi 'Nurburgring of The East," katanya.

Tambah beliau, ORIC ini juga akan mencatat beberapa rekod pertama dunia dalam reka bentuk litar lumba, antaranya, satu litar lurus terpanjang di dunia,

selekoh dan lengkungan mencabar dan penurunan bukit curam.

Katanya, pembangunan berkenaan akan memberi peluang kepada pelancong dan peminat sukan permotoran dari seluruh dunia untuk menghayati pembangunan luar biasa Pulau Langkawi sambil menikmati kemudahan disediakan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!