Bapa penagih tegar, anak OKU jadi mangsa
PASIR MAS - Tindakan seorang bapa yang selalu membawa anak lelakinya orang kurang upaya (OKU) jenis lembam ke sarang penagih mengakibatkan remaja berusia 16 tahun itu ketagihan dadah.
Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kelantan, Rohayu Ahmad berkata, remaja dan bapa berusia 51 tahun itu dicekup dalam operasi bersepadu yang dilakukan bersama anggota polis di Kota Bharu baru-baru ini.
"Siasatan awal mendapati remaja itu terlibat dengan penagihan dadah sejak tahun lalu," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Ibu Pejabat AADK Pasir Mas di Lubok Jong, pada Rabu.
Menurutnya, remaja OKU itu menjadi mangsa keadaan kerana tindakan tidak bertanggungjawab bapanya sebagai taktik mengaburi mata orang ramai bagi menutup kegiatan terkutuk itu amat mengejutkan pihak AADK.
Beliau berkata, AADK Kelantan telah berunding dengan keluarga untuk menempatkan remaja berkenaan di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) untuk proses pemulihan
Katanya, tindakan lelaki berkenaan yang sanggup menjadikan anak OKU itu
"Ketika dicekup, pasangan anak beranak itu positif pil kuda," katanya.
Rohayu berkata, dua beranak itu antara 149 individu berusia 16 hingga 500-an yang dicekup dalam Operasi Perdana di seluruh negeri yang dilakukan sepanjang Mac.
Beliau berkata, daripada jumlah itu dua wanita ditahan.
Menurutnya, tiga jajahan yang mencatatkan tangkapan paling tinggi ialah, Kuala Krai, Machang dan Kota Bharu.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!