Peminat suka janggut Aiman Tino

No Image Caption
A
A
A

PENYANYI, Aiman Tino, 20, berkata, dia menyimpan janggut merupakan imej terbaharunya untuk nampak lebih matang.

"Tahun ini saja nak ada janggut nampak dewasa, tapi mak saya pula cakap masih belum masanya untuk saya bela janggut ni nanti peminat geli.

"Begitu pun, fans saya ada je yang suka. Ramai bagi respon dan komen positif, mana yang tak suka biarlah saya abaikan," katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, penyanyi popular Ku Rela Dibenci dan Permata Cinta ini mengakui namanya agak kurang menyerlah.

No Image Caption

"Mungkin tahun lalu saya terlalu lama senyap dari radar seni sebab jatuh sakit dan alhamdulillah kini semakin sembuh serta suara pun dah OK.

"Oleh itu pada tahun ini insya-ALLAH saya akan bekerja keras lagi untut kerjar momentum macam tahun-tahun sudah.

"Tapi bila bergiat aktif saya takkan buat gimik lah sebab dah biasa orang lakukan," jelas Aiman.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, Aiman dimasukkan ke hospital kerana didapati menghidap gastrik selain tekak bengkak, pada September tahun lalu.

Dalam perkembangan terkini Aiman masih sibuk dalam fasa mempromosikan lagu terbaharu berjudul Terlerai Sebuah Janji.

Untuk rekod, single terbaharu Muzik Video Aiman kini sudah meraih tontonan sebanyak 1.5 juta setakat hari ini.

Manakala, video lirik mendapat 485,000 tontonan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!