Sekutu Sirisena boikot sesi parlimen
Ahli Parlimen berkenaan dilaporkan enggan memasuki Parlimen di Colombo, malah sekutu Sirisena turut menuduh Speaker bersikap berat sebelah.
“Kami tidak akan menghadiri sesi Parlimen sehingga Speaker bersetuju bertindak adil,” kata ahli Parlimen parti Pakatan Kebebasan Bersatu Rakyat pimpinan Sirisena, Nimal de Silva.
Pembangkang pula menyelar Presiden Sirisena yang enggan mengembalikan jawatan perdana menteri kepada Ranil Wickremesinghe yang sebelum ini disingkirkan secara mengejut dan digantikan dengan Mahinda Rajapaksa.
[ARTIKEL BERKAITAN:'Ranil Wickremesinghe tidak akan dilantik semula']
Kemelut menjadi bertambah buruk apabila Rajapaksa yang kalah dalam dua undian tidak percaya di Parlimen enggan mengundur diri, dan Wickremesinghe yang mempunyai sokongan majoriti juga tidak mengalah. - AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!