Mayat terdampar di pantai Pulau Rusukan Besar

Mayat seorang lelaki ditemukan terdampar di pantai Pulau Rusukan Besar, kira-kira dua batu nautika dari jeti Labuan, tengah hari tadi. Foto Bernama
Mayat seorang lelaki ditemukan terdampar di pantai Pulau Rusukan Besar, kira-kira dua batu nautika dari jeti Labuan, tengah hari tadi. Foto Bernama
A
A
A

LABUAN - Mayat seorang lelaki ditemukan terdampar di pantai Pulau Rusukan Besar, kira-kira dua batu nautika dari jeti Labuan, tengah hari tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Labuan DSP Mohd Ibrahim Ghani berkata, pihaknya menerima laporan penemuan mayat tersebut daripada orang awam dan mayat tersebut kemudian dibawa ke jeti polis marin di sini.

Beliau berkata, mayat tanpa pengenalan diri itu dihantar ke Hospital Labuan untuk bedah siasat.

Menurutnya, pemeriksaan awal mendapati tiada kecederaan pada mangsa yang dikaitkan dengan unsur jenayah.

“Sekiranya ada ahli keluarga atau kenalan yang hilang diminta tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!