Bersatu tidak buat keputusan tarik sokong Hasni

Muhyiddin Yassin
Muhyiddin Yassin
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor tidak membuat sebarang keputusan berhubung penarikan sokongan terhadap Menteri Besar, Datuk Ir Hasni Mohammad.

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tindakan itu bagi menjaga kemaslahatan negeri.

"Untuk Johor, kekal begitu (seperti sekarang)," katanya kepada pemberita selepas meluangkan masa empat jam mempengerusikan mesyuarat Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) di sini pada Rabu.

Menurutnya, soal negara, negeri dan rakyat menjadi tumpuan utama Bersatu Johor.

"Ini bagi memastikan tidak timbul pergolakan yang akan membawa kesan buruk kepada negeri atau negara," katanya.

Meskipun begitu, beliau berkata, UMNO perlu bersikap adil terhadap Bersatu dalam isu pembahagian jawatan.

"(Contohnya) Pembahagian jawatan ketua- ketua kampung yang telah dibuat secara tidak dirunding dengan betul," katanya.

Menurutnya, perkara itu telah membangkitkan rasa tidak puas hati.

Artikel Berkaitan:

"Ada rungutan-rungutan yang timbul kerana tidak berpuas hati," katanya.

Kerajaan PN Johor dilapor akan runtuh pada bila-bila masa sekiranya dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tidak berpuas hati dengan kenyataan Hasni yang merupakan Menteri Besar Johor dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020.

Hasni yang juga Pengerusi UMNO Johor ketika membahaskan ucapan dasar Presiden UMNO sempena PAU 2020 pada Ahad berkata, sokongan terhadap Muhyiddin di negeri itu adalah rendah berbanding UMNO.

Terdapat 56 kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dengan agihan terkininya adalah UMNO dan DAP masing-masing 14, Bersatu (12), MIC (dua), Pas (satu) sementara Amanah (sembilan) dan PKR pula (empat).

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!