China nafi sorok data mentah asal usul Covid-19

Institut Virologi Wuhan turut dikunjungi pakar WHO ketika menjayakan misi menyiasat asal usul Covid-19 pada Januari lalu. - Foto AFP
Institut Virologi Wuhan turut dikunjungi pakar WHO ketika menjayakan misi menyiasat asal usul Covid-19 pada Januari lalu. - Foto AFP
A
A
A

BEIJING - China pada Rabu menafikan ia menyembunyikan data mentah tentang asal usul Covid-19 seperti yang didakwa Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Penyelidik bersama kajian itu, Dr Liang Wannian berkata, agensi kesihatan PBB itu melemparkan tuduhan tidak berasas kononnya Beijing tidak berkongsi data dengan pakar mereka.

“Berdasarkan undang-undang negara ini, sudah tentu ada data yang tidak boleh diakses, namun kedua-dua pihak boleh melihat pangkalan data apabila membabitkan proses analisis bersama di Wuhan,” jelasnya yang turut menolak sindiran segelintir pihak berhubung penangguhan laporan penuh siasatan tersebut.

Menurutnya, setiap perkara termasuk data perlu disahkan kedua-dua belah pihak sebelum dimuktamadkan.

Pada Selasa, Ketua WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus mendakwa pasukan pakar sukar mendapatkan akses kepada data mentah.

“Saya berharap kajian kolaboratif pada masa depan merangkumi perkongsian data lebih tepat dan komprehensif,” katanya.

Dr Tedros turut menyebut semula tentang teori kebocoran makmal yang disangkal Beijing sebelum ini.

“Siasatan lanjut perlu dijalankan. Saya sedia menghantar pasukan pakar untuk menjayakan misi tambahan itu,” katanya lagi.

Artikel Berkaitan:

Difahamkan, laporan pakar WHO menyokong dakwaan Beijing yang mendakwa virus tersebut disebarkan kelawar kepada manusia melalui haiwan perantara. - AFP

ARTIKEL BERKAITAN: WHO keluarkan laporan jejak global asal usul Covid-19

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!