Empat staf Itali positif Covid-19

Pemain Itali meraikan kemenangan.
Pemain Itali meraikan kemenangan.
A
A
A

PENGENDALI Itali, Roberto Mancini menyifatkan kemenangan 2-0 ke atas Lithunia pada awal pagi Khamis sebagai satu perkembangan yang baik buat skuad kendaliannya untuk mengharungi aksi Kelayakan Piala Dunia 2022 kali ini.

Menurut Mancini, kemenangan berkenaan dilihat akan menaikkan semangat kesebelasan pemainnya itu dan akan memastikan agar momentum kemenangan berkenaan berterusan selepas ini.

“Walaupun saya tidak berpuas hati dengan keadaan padang yang menyukarkan pergerakan pemain, tetapi kami masih mampu mencipta beberapa peluang gol pada perlawanan ini.

“Bagaimanapun, kita tidak akan selalu bernasib baik kerana bagi saya, kami akan menempuh beberapa perlawanan yang sukar selepas ini.

"Namun, apa yang penting adalah kami mampu mencipta kemenangan pada setiap perlawanan yang diharungi kelak,” katanya.

Pada perlawanan Stefano Sensi menjaringkan gol pertama buat Itali pada minit ke-47 manakala Ciro Immobile menyempurnakan sepakan penalti pada masa kecederaan untuk mengesahkan kemenangan skuad Azzurri itu.

Kemenangan itu menyaksikan Itali terus menerajui Kumpulan C dengan sembilan mata hasil tiga kemenangan berturut-turut setakat ini.

Sementara itu, kejayaan Itali itu turut diiringi berita yang mengejutkan apabila pihak Konfederasi Bola Sepak Itali (FIGC) pada awal pagi Khamis mengesahkan empat stafnya disahkan positif Covid-19.

Artikel Berkaitan:

"Untuk rekod, keseluruhan skuad Azzurri itu telah menjalani ujian pada Isnin dan kesemua keputusan yang diperoleh adalah negatif.

“Bagaimanapun, pada Rabu, seorang staf memaklumkan bahawa dia mengalami sakit tekak dan setelah pulang menjalani proses isolasi di Itali, keputusannya adalah positif.

“Oleh itu, kesemua staf lain yang juga kontak rapat dengan staf berkenaan dan telah menjalani proses isolasi bersama di Vilnius, telah diminta menjalani satu lagi ujian serta merta dan hasilnya, mereka juga positif,” menurut kenyataan daripada FIGC itu lagi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!