Akibat letih, pencuri lena di rumah mangsa

Akibat letih, suspek lena di rumah mangsa. - Foto Indiatimes
Akibat letih, suspek lena di rumah mangsa. - Foto Indiatimes
A
A
A

BANGKOK - Akibat terlalu letih, seorang pencuri terlena di bilik tidur pemilik rumah yang dicerobohnya di wilayah Phetcabun, Thailand.

Indiatimes melaporkan kejadian berlaku pada 22 Mac lalu ketika suspek dikenali Athit Kin Khunthud memecah masuk rumah itu dengan niat untuk mencuri.

Pegawai polis, Jiam Prasert berkata, suspek dipercayai keletihan dan terlena sebelum disedari pemilik rumah.

Suspek bukan sahaja gagal melarikan diri dengan hasil curiannya malah dengan mudah ditahan polis.

Suspek ditahan dengan mudah selepas terlena di rumah mangsa. - Foto Indiatimes
Suspek ditahan dengan mudah selepas terlena di rumah mangsa. - Foto Indiatimes

Kata Jiam Prasert, pemilik rumah terkejut menemui seorang lelaki tidak dikenali sedang tidur di salah sebuah bilik yang dipasang pendingin hawa.

"Dia terus menghubungi polis tanpa mengejutkan suspek. Sebaik tiba di lokasi, polis menjerit untuk mengejutkan suspek daripada tidur.

"Jeritan itu membuatkan suspek sedar dan terpinga-pinga. Dia juga bingung kenapa dirinya ditahan polis," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!