Neelofa terima anugerah dari kerajaan Kelantan
KOTA BHARU - Selebriti terkemuka tanah air, Noor Neelofa Mohd Noor dianugerahkan sebagai Tokoh Sayyidatina Juwairiyah Al-Harith Bagi Kategori Tokoh Berpengaruh Mega atau influencer oleh Kerajaan Kelantan sempena sambutan Hari Sayyidatina Khadijah (HSK) 2021.
Anak kelahiran Pasir Mas yang dikenali sebagai Neelofa itu merupakan salah seorang daripada 14 wanita yang menerima anugerah pada majlis tersebut.
Bagaimanapun, Neelofa tidak hadir ke majlis tersebut kerana difahamkan berada di Langkawi selepas melangsungkan perkahwinan pada Sabtu lalu.
Bukan itu sahaja, tiada wakil atau ahli keluarga daripada selebriti itu hadir untuk menerima anugerah yang disampaikan oleh Timbalan Menteri Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff.
HSK yang merupakan program tahunan yang diperkenalkan kerajaan Kelantan itu bagi meraikan, mengiktiraf peranan serta sumbangan wanita dalam pembangunan di negeri ini.
Program ini dianjurkan oleh Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Negeri Kelantan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!